Tuesday, February 23, 2010

Cabaran buat ibu...

Bila melihat Amyra melangkah meninggalkan kami semalam untuk berkumpul di dewan KUSESS hati saya asyik berdoa semoga dia terus bersemangat untuk belajar di situ.  Saya sedar memang hakikatnya kehidupan dia akan menjadi lebih mencabar berbanding tinggal di rumah. 

Terngiang-ngiang kata-kata positif dari Pengetua KUSESS, Pn. Hjh Rossminah semalam...nanti saya titipkan kemudian semua maklumat yang saya kira amat berguna untuk dikongsi bersama bagi ibu-ibu yang bakal menghadapi anak yang ketingkatan 1 dan tinggal di asrama....emmmm sekali-sekala bila dapat santapan rohani..semua masalah/cabaran nampak mudah dan senang sekiranya kita berkehendak...

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih....pepatah melayu lama..Prof. Rozainun selalu cakap kat saya dan suami..terima kasih..

Tolong doakan saya juga tabah untuk menerima kenyataan bahawa Amyra telah di asrama...emm agak rasa janggal dan kehilangan dengan gurauan harian beliau bila saya pulang kerumah dari tempat kerja..."ibu ya rock...selamba.."  Memang saya agak selamba orangnya walaupun dengan dia saya selalu bertegas...Semoga dia jadi anak yang baik dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Anak Pertama Ke Sekolah Asrama

Salam dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah semalam tanggal 22.2.2010 anak pertama kami mendaftar ke KUSESS..Sek. Men. Sains Kuala Selangor , second intake.  Gembira bercampur dengan kesedihan...juga tanggal genap Arwah -adik saya Putra 'Ataillah kembali menemuiNYA buat selama-lamanya....

Pagi-pagi dah terkenangkan si Arwah sambil mengangkat beg anak nak ke asrama...terima kasih Aye (adik bongsu ) saya menghantar SMS untuk sama-sama mendoakan agar isteri arwah - Naza dan anak mereka berdua..Putra Haidar sentiasa sabar dan tabah........Amin. Al-Fatihah buat Putra 'Ataillah.  Marilah kita sama-sama mendoakan Arwah tenang di alam lain.  Juga buat adik saya Naza dan anak saya Putra Haidar menjadi bertambah tabah, kuat semangat dan berjaya dunia dan akhirat.  Amin.

Kenangan terakhir bersama dengan beliau, isteri dan anak termasuk anak-anak saya....Kami akan sentiasa merindui Ta...(panggilan manja dalam keluarga)