Salam,
Tiga perkataan di atas mengambarkan diri saya sepanjang hampir sebulan meninggalkan dunia penulisan blog ini...tersenyum sendirian. Namun apa-apapun saya cuba untuk mengimbangi semuanya walau adakalanya saya akui 'ada masanya kita terlepas pandang'.
Yang penting saya selalu ingatkan diri ini - 'Memy kita buat yang terbaik, usaha, doa dan tawakal kepadaNya. Berjaya - Alhamdulilah! Jika sebaliknya bermaksud Allah S.W.T mahu kita usaha lebih kuat dan semoga kita jadi lebih baik. Dan yang pasti 'kafarah' dariNya, MasyaAllah!
Sama-samalah kita berdoa agar semua yang terjadi adalah terbaik dariNya buat kita semua...
Yang pasti proses ini memerlukan saya terus belajar, belajar dan belajar...