Friday, April 23, 2010

Minda perlu rehat...

Salam,

Banyak cara untuk merehatkan minda...saya dan suami memilih untuk berada di pulau dan juga di laut sebagai pilihan kami...juga di tempat-tempat yang sejuk umpamanya di Malaysia - Cameron/Genting Highland/ Bukit Tinggi etc....

Lain orang lain pilihannya...sesiapa nak cuba boleh ikut cara kami...(cuba dulu...kalau rasi..teruskan usaha...kalau tidak...tukar cara lain..hehehe).

Hobi saya untuk berada di laut bermula sejak saya belajar di peringkat diploma, Politeknik Ungku Omar, Ipoh - menyertai Kelab Rekreasi....maka bermulalah aktiviti yang agak lasak buat saya sebelum kahwin lagi...di sekolah rendah - pengakap dan juga sekolah menengah - pengakap...di UIA ketika degree agak slow sedikit sebab dah berstatus isteri orang...maklumlah dua kali mengandung ketika belajar degree...Radhiah Amyra and Siraj Shith! Sambung ICSA dapat lagi seorang anak- Eisyatyne Aliyyah, lepas Master - Aye Sofeiyyah !!!

La nie pulak bawa anak-anak didik di Universiti merehatkan minda dan mendidik mereka melalui 'outdoor activity' focus on Social Responsibility...

Nie semua adalah pelajar profesional ICSA...sebelum bertolak ke Pulau Perhentian...semua bersemangat walau pun tahu jauuuuuhhh lagi perjalanan....tetapi kerana motif untuk khidmat masyarakat dan bagi minda rehat kami tetap teruskan usaha tangga kejayaan !!!


dah sampaiiii....lega dan gembira tenguk lauuutttt...



Apa lagi eksplorasi REHAT MINDA bermula......lihat di dalam laut dan anda pasti rasa ...tenang....PERCAYALAH!!!



Menaiki bot untuk ke sekolah rendah pulau perhentian bagi tujuan ceramah -
Ke arah Profesional dan juga aktiviti bersama pelajar darjah 6 - UPSR



Kuliah Maghrib...pengisian jiwa


Ceramah dan Aktiviti...


AGENDA makan...jangan lupa...pasti..yang paling sedap - nampak tak ada bulat putih tu..
diaorang pantai timur panggil SHELL- saya tak pernah jumpa di pantai barat..maklumlah bukan tinggal di tepi laut...
belasah sahaja...yang pasti benda baru bagi saya...maksudnya bertambah ilmu...

Sedondon...

Salam,
Saya tersenyum sendiri melihat gambar-gambar lama..bukan apa..gambar kita yang dewasa ni mungkin tak banyak berubah...hihihi...(macam tak nak mengaku berubah saiz dan usia)...

Tetapi yang paling indah ialah melihat gambar anak-anak yang semakin membesar...eemmmm memang tersenyum sendirian saya dibuatnya bila melihat mereka di dalam gambar....kerenah ketika diambil gambar dan juga bila saya lihat semula baru terperasan saya gemar memilih baju yang sama warna atau sama design buat mereka...terutamanya '3 girls' - buktinya....

Tetapi kini....agak sukar mengadun mereka kerana mereka telah besar dan dah pandai memilih warna dan design...ibu pasrah...bagus tu supaya mereka terus kreatif...Amin.

Indah...

Salam dan Selamat Sejahtera,
Semalam agak membosankan..bukan tiada kerja...ada...banyaaakkk... tetapi itulah hakikatnya apabila kita bergelar MANUSIA..kita tiada perasaan yang sempurna..positif dan negatif...maka Memiyanty pun mula lah membelek-belek gambar yang ada di komputer...bagi tujuan untuk meneutralkan perasaan itu.

Agak sesuai dengan tema konsert yang terdahulu...maka ingin saya kongsi beberapa gambar ketika mana saya membuat konsert (present paper) di negara orang...saya nie agak pencinta kesenian bangunan...walaupun hakikatnya rumah saya tak lah berseni mana pun..(mungkin rumah saya jatuh kesenian yang lagi satu...hehehe)..maka hasilnya bila saja jalan-jalan nampak jer bangunan yang pada mata saya indah dan mengkagumkan, pasti saya ambil...jadi masa saya di Madrid banyak bangunan yang amaaaaat indah di tengah-tengah bandar..MasyaAllah....




Manakala ketika di Paris...

Masa ambil gambar ni..dalam bas jerr...dah nak hampir gelap dan amat sejuk..
saya agak tidak mampu untuk berada di luar...hihihi...esuknya salji turun

Takpe lain kali kita datang musim agak tidak sejuk pula...InsyaAllah.


Ada lagi gambar bangunan saya nak kongsi dengan anda semua...cuma tak berkesempatan



Thursday, April 8, 2010

'Konsert' bagi seorang akademik seperti saya...

Salam,
Hari ni saya hendak berkongsi sedikit pengalaman ketika membentangkan kertas kerja yang lalu, saya kira pengalaman membuat konsert ini bermula bila saja saya mula berkhidmat di universiti..7 tahun yang lalu (2000-2006) ketika saya di Institut Teknologi Perak saya mengasah bakat lebih kepada bakat mengajar, mendidik dan mentadbir...terima kasih Tuan Haji Azizul Othman (CEO) atas tunjuk ajar dan pengalaman yang saya dapat selama di sana....la nie di Universiti pula semua bakat kena diperkembangkan..pendapat peribadi saya - bagus...kalau tidak nanti tertinggei baeh (bahasa perak) - tertinggal bas (bahasa baku tersirat) - maksudnya...ketinggalan!!! jadi orang perak kenalah 'kejor yeop kejor'...hehehe..(bahasa negeri lain camne? ada sesiapa nak tambah..)

Perjalanan untuk membuat konsert ada yang agak jauh (ada yang jauh dan dekat tapi pada saya kalau dah lebih 10 jam dalam kapal terbang tu..kira jauh le...mungkin kena banyak muhasabah diri...apa salahnya jauh sekali sekala kalau niat nak menambah dan berkongsi ilmu...jgn banyak merungut Memy!!!)  tetapi amat berbaloi dengan pengalaman yang diperolehi dari segi ilmu membentang kertas hasil penyelidikan (KONSERT) dan maklumbalas yang diterima bagi tujuan penambahbaikan...

Pada saya pembentangan kertas kerja merupakan persembahan yang amat penting dari segi - 'the way you attract audience to hear your content knowledge'...bak kata bahasa pasar (agaknye..atau bahasa artis)..konsert bagi seorang akademik!!!...walaupun 15 - 20 minit sahaja tetapi apa yang hendak disampaikan itu perlu difahami dan menimbulkan minat pendengar..saya pun dalam proses belajar dan sentiasa cuba untuk buat presentation yang terbaik...jaga intonasi ...body language...know when to pause, play (macam videoplayer lak...) and smile...in sum, it is a learning process!!!

Selalu saya ingatkan pelajar-pelajar saya masa kelas tutorial....Presentation is crucial, this is YOUR CONCERT!!! liveeeeeeee....mereka pun tersenyum-senyum bila tenguk saya syok sendiri memberi semangat...eeemmm...

Gambar ketika 'konsert' (present paper) di Dubai dan bersama sifu-sifu akademik yang dihormati...

Sunday, March 28, 2010

Anak-anak yang lain...

Oppps lupa ye..nak kenalkan juga beberapa anak yang lain sebelum terjadi sesuatu yang tidak diingini..(macam masalah besar je bunyinya..kalau tak diperkenalkan..hihihi).


Si abang..Siraj, another 2 dara pingitan - Eisya Aliyyah dan Aye Sofieyyah...merekalah penambah kegembiraan buat diri saya dan suami.

Urus diri, jaga diri dan layan diri.....

Salam semua,
Cuma nak berkongsi rasa...tengah duk sibuk buat keje...tiba-tiba rasa macam nak ke blog...penyakit menulis nie namanya...teringat beberapa perkara yang sepatutnya dikongsi bersama sudah terlupa...itulah yang dikata manusia mudah lupa...nauzubillah.

Kata-kata berguna daripada pengetua Cemerlang KUSSES..pelajar harus tahu urus diri, layan diri, jaga diri dan 2 lagi saya kena check dengan Amyra...(alamak...lupa lagi...emmm)....saya paling suka layan diri...emmm betul tu!!! setuju.

Inilah anak saya....Amyra!!!



Tuesday, March 16, 2010

Alah Bisa, Tegal Biasa - Hati Kering.....Sesuaiiiii

Salam,
emmm agak lama tak bagi apa2 info ...esp. regards anak sulung saya..Amyra..Alhamdulillah dia dah dapat sesuaikan diri dgn kehidupan asrama...Saya gembira tenguk perkembangan dia...sesuai dengan tema tajuk kali ini ABTB- HK...

Anak2 yang lain - Siraj, Eisya Aliyah dan Aye Sofieyah - Ikut jejak kakak ye!!! Amin. Semoga mereka berjaya di dunia dan di Akhirat...Kita doa semua sama2 ye..terima kasih buat kalian yang sudi membaca.

Tuesday, February 23, 2010

Cabaran buat ibu...

Bila melihat Amyra melangkah meninggalkan kami semalam untuk berkumpul di dewan KUSESS hati saya asyik berdoa semoga dia terus bersemangat untuk belajar di situ.  Saya sedar memang hakikatnya kehidupan dia akan menjadi lebih mencabar berbanding tinggal di rumah. 

Terngiang-ngiang kata-kata positif dari Pengetua KUSESS, Pn. Hjh Rossminah semalam...nanti saya titipkan kemudian semua maklumat yang saya kira amat berguna untuk dikongsi bersama bagi ibu-ibu yang bakal menghadapi anak yang ketingkatan 1 dan tinggal di asrama....emmmm sekali-sekala bila dapat santapan rohani..semua masalah/cabaran nampak mudah dan senang sekiranya kita berkehendak...

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih....pepatah melayu lama..Prof. Rozainun selalu cakap kat saya dan suami..terima kasih..

Tolong doakan saya juga tabah untuk menerima kenyataan bahawa Amyra telah di asrama...emm agak rasa janggal dan kehilangan dengan gurauan harian beliau bila saya pulang kerumah dari tempat kerja..."ibu ya rock...selamba.."  Memang saya agak selamba orangnya walaupun dengan dia saya selalu bertegas...Semoga dia jadi anak yang baik dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Anak Pertama Ke Sekolah Asrama

Salam dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah semalam tanggal 22.2.2010 anak pertama kami mendaftar ke KUSESS..Sek. Men. Sains Kuala Selangor , second intake.  Gembira bercampur dengan kesedihan...juga tanggal genap Arwah -adik saya Putra 'Ataillah kembali menemuiNYA buat selama-lamanya....

Pagi-pagi dah terkenangkan si Arwah sambil mengangkat beg anak nak ke asrama...terima kasih Aye (adik bongsu ) saya menghantar SMS untuk sama-sama mendoakan agar isteri arwah - Naza dan anak mereka berdua..Putra Haidar sentiasa sabar dan tabah........Amin. Al-Fatihah buat Putra 'Ataillah.  Marilah kita sama-sama mendoakan Arwah tenang di alam lain.  Juga buat adik saya Naza dan anak saya Putra Haidar menjadi bertambah tabah, kuat semangat dan berjaya dunia dan akhirat.  Amin.

Kenangan terakhir bersama dengan beliau, isteri dan anak termasuk anak-anak saya....Kami akan sentiasa merindui Ta...(panggilan manja dalam keluarga)

Sunday, January 31, 2010

2010

Salam semua,
Semoga tahun 2010 dan seterusnya saya dapat berkongsi ilmu dgn pembaca blog.  Semoga apa juga yang dikongsi dapat digunakan secara berterusan..mungkin peringatan/nasihat buat diri saya sendiri dan juga anda semua.  Manusia tidak pernah sempurna...