Friday, April 23, 2010

Minda perlu rehat...

Salam,

Banyak cara untuk merehatkan minda...saya dan suami memilih untuk berada di pulau dan juga di laut sebagai pilihan kami...juga di tempat-tempat yang sejuk umpamanya di Malaysia - Cameron/Genting Highland/ Bukit Tinggi etc....

Lain orang lain pilihannya...sesiapa nak cuba boleh ikut cara kami...(cuba dulu...kalau rasi..teruskan usaha...kalau tidak...tukar cara lain..hehehe).

Hobi saya untuk berada di laut bermula sejak saya belajar di peringkat diploma, Politeknik Ungku Omar, Ipoh - menyertai Kelab Rekreasi....maka bermulalah aktiviti yang agak lasak buat saya sebelum kahwin lagi...di sekolah rendah - pengakap dan juga sekolah menengah - pengakap...di UIA ketika degree agak slow sedikit sebab dah berstatus isteri orang...maklumlah dua kali mengandung ketika belajar degree...Radhiah Amyra and Siraj Shith! Sambung ICSA dapat lagi seorang anak- Eisyatyne Aliyyah, lepas Master - Aye Sofeiyyah !!!

La nie pulak bawa anak-anak didik di Universiti merehatkan minda dan mendidik mereka melalui 'outdoor activity' focus on Social Responsibility...

Nie semua adalah pelajar profesional ICSA...sebelum bertolak ke Pulau Perhentian...semua bersemangat walau pun tahu jauuuuuhhh lagi perjalanan....tetapi kerana motif untuk khidmat masyarakat dan bagi minda rehat kami tetap teruskan usaha tangga kejayaan !!!


dah sampaiiii....lega dan gembira tenguk lauuutttt...



Apa lagi eksplorasi REHAT MINDA bermula......lihat di dalam laut dan anda pasti rasa ...tenang....PERCAYALAH!!!



Menaiki bot untuk ke sekolah rendah pulau perhentian bagi tujuan ceramah -
Ke arah Profesional dan juga aktiviti bersama pelajar darjah 6 - UPSR



Kuliah Maghrib...pengisian jiwa


Ceramah dan Aktiviti...


AGENDA makan...jangan lupa...pasti..yang paling sedap - nampak tak ada bulat putih tu..
diaorang pantai timur panggil SHELL- saya tak pernah jumpa di pantai barat..maklumlah bukan tinggal di tepi laut...
belasah sahaja...yang pasti benda baru bagi saya...maksudnya bertambah ilmu...

Sedondon...

Salam,
Saya tersenyum sendiri melihat gambar-gambar lama..bukan apa..gambar kita yang dewasa ni mungkin tak banyak berubah...hihihi...(macam tak nak mengaku berubah saiz dan usia)...

Tetapi yang paling indah ialah melihat gambar anak-anak yang semakin membesar...eemmmm memang tersenyum sendirian saya dibuatnya bila melihat mereka di dalam gambar....kerenah ketika diambil gambar dan juga bila saya lihat semula baru terperasan saya gemar memilih baju yang sama warna atau sama design buat mereka...terutamanya '3 girls' - buktinya....

Tetapi kini....agak sukar mengadun mereka kerana mereka telah besar dan dah pandai memilih warna dan design...ibu pasrah...bagus tu supaya mereka terus kreatif...Amin.

Indah...

Salam dan Selamat Sejahtera,
Semalam agak membosankan..bukan tiada kerja...ada...banyaaakkk... tetapi itulah hakikatnya apabila kita bergelar MANUSIA..kita tiada perasaan yang sempurna..positif dan negatif...maka Memiyanty pun mula lah membelek-belek gambar yang ada di komputer...bagi tujuan untuk meneutralkan perasaan itu.

Agak sesuai dengan tema konsert yang terdahulu...maka ingin saya kongsi beberapa gambar ketika mana saya membuat konsert (present paper) di negara orang...saya nie agak pencinta kesenian bangunan...walaupun hakikatnya rumah saya tak lah berseni mana pun..(mungkin rumah saya jatuh kesenian yang lagi satu...hehehe)..maka hasilnya bila saja jalan-jalan nampak jer bangunan yang pada mata saya indah dan mengkagumkan, pasti saya ambil...jadi masa saya di Madrid banyak bangunan yang amaaaaat indah di tengah-tengah bandar..MasyaAllah....




Manakala ketika di Paris...

Masa ambil gambar ni..dalam bas jerr...dah nak hampir gelap dan amat sejuk..
saya agak tidak mampu untuk berada di luar...hihihi...esuknya salji turun

Takpe lain kali kita datang musim agak tidak sejuk pula...InsyaAllah.


Ada lagi gambar bangunan saya nak kongsi dengan anda semua...cuma tak berkesempatan



Thursday, April 8, 2010

'Konsert' bagi seorang akademik seperti saya...

Salam,
Hari ni saya hendak berkongsi sedikit pengalaman ketika membentangkan kertas kerja yang lalu, saya kira pengalaman membuat konsert ini bermula bila saja saya mula berkhidmat di universiti..7 tahun yang lalu (2000-2006) ketika saya di Institut Teknologi Perak saya mengasah bakat lebih kepada bakat mengajar, mendidik dan mentadbir...terima kasih Tuan Haji Azizul Othman (CEO) atas tunjuk ajar dan pengalaman yang saya dapat selama di sana....la nie di Universiti pula semua bakat kena diperkembangkan..pendapat peribadi saya - bagus...kalau tidak nanti tertinggei baeh (bahasa perak) - tertinggal bas (bahasa baku tersirat) - maksudnya...ketinggalan!!! jadi orang perak kenalah 'kejor yeop kejor'...hehehe..(bahasa negeri lain camne? ada sesiapa nak tambah..)

Perjalanan untuk membuat konsert ada yang agak jauh (ada yang jauh dan dekat tapi pada saya kalau dah lebih 10 jam dalam kapal terbang tu..kira jauh le...mungkin kena banyak muhasabah diri...apa salahnya jauh sekali sekala kalau niat nak menambah dan berkongsi ilmu...jgn banyak merungut Memy!!!)  tetapi amat berbaloi dengan pengalaman yang diperolehi dari segi ilmu membentang kertas hasil penyelidikan (KONSERT) dan maklumbalas yang diterima bagi tujuan penambahbaikan...

Pada saya pembentangan kertas kerja merupakan persembahan yang amat penting dari segi - 'the way you attract audience to hear your content knowledge'...bak kata bahasa pasar (agaknye..atau bahasa artis)..konsert bagi seorang akademik!!!...walaupun 15 - 20 minit sahaja tetapi apa yang hendak disampaikan itu perlu difahami dan menimbulkan minat pendengar..saya pun dalam proses belajar dan sentiasa cuba untuk buat presentation yang terbaik...jaga intonasi ...body language...know when to pause, play (macam videoplayer lak...) and smile...in sum, it is a learning process!!!

Selalu saya ingatkan pelajar-pelajar saya masa kelas tutorial....Presentation is crucial, this is YOUR CONCERT!!! liveeeeeeee....mereka pun tersenyum-senyum bila tenguk saya syok sendiri memberi semangat...eeemmm...

Gambar ketika 'konsert' (present paper) di Dubai dan bersama sifu-sifu akademik yang dihormati...