Salam,
Hari ni saya hendak berkongsi sedikit pengalaman ketika membentangkan kertas kerja yang lalu, saya kira pengalaman membuat konsert ini bermula bila saja saya mula berkhidmat di universiti..7 tahun yang lalu (2000-2006) ketika saya di Institut Teknologi Perak saya mengasah bakat lebih kepada bakat mengajar, mendidik dan mentadbir...terima kasih Tuan Haji Azizul Othman (CEO) atas tunjuk ajar dan pengalaman yang saya dapat selama di sana....la nie di Universiti pula semua bakat kena diperkembangkan..pendapat peribadi saya - bagus...kalau tidak nanti tertinggei baeh (bahasa perak) - tertinggal bas (bahasa baku tersirat) - maksudnya...ketinggalan!!! jadi orang perak kenalah 'kejor yeop kejor'...hehehe..(bahasa negeri lain camne? ada sesiapa nak tambah..)
Perjalanan untuk membuat konsert ada yang agak jauh (ada yang jauh dan dekat tapi pada saya kalau dah lebih 10 jam dalam kapal terbang tu..kira jauh le...mungkin kena banyak muhasabah diri...apa salahnya jauh sekali sekala kalau niat nak menambah dan berkongsi ilmu...jgn banyak merungut Memy!!!) tetapi amat berbaloi dengan pengalaman yang diperolehi dari segi ilmu membentang kertas hasil penyelidikan (KONSERT) dan maklumbalas yang diterima bagi tujuan penambahbaikan...
Pada saya pembentangan kertas kerja merupakan persembahan yang amat penting dari segi - 'the way you attract audience to hear your content knowledge'...bak kata bahasa pasar (agaknye..atau bahasa artis)..konsert bagi seorang akademik!!!...walaupun 15 - 20 minit sahaja tetapi apa yang hendak disampaikan itu perlu difahami dan menimbulkan minat pendengar..saya pun dalam proses belajar dan sentiasa cuba untuk buat presentation yang terbaik...jaga intonasi ...body language...know when to pause, play (macam videoplayer lak...) and smile...in sum, it is a learning process!!!
Selalu saya ingatkan pelajar-pelajar saya masa kelas tutorial....Presentation is crucial, this is YOUR CONCERT!!! liveeeeeeee....mereka pun tersenyum-senyum bila tenguk saya syok sendiri memberi semangat...eeemmm...
Gambar ketika 'konsert' (present paper) di Dubai dan bersama sifu-sifu akademik yang dihormati...
No comments:
Post a Comment