Saturday, August 4, 2012
PadaNYA kita berserah..
Assalam,
Pagi ini selepas menunaikan segala tanggungjawab kepadaNYA yang satu, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi apa yang telah saya lalui sepanjang mana saya meninggalkan blog ini...
Pertama,
Na 'uzubillah...Memang teringin sangat nak singgah blog sebelum ini tapi risau penulisan akan lebih cenderung berbentuk ayat2 luahan rasa yang kurang positif.. Maka saya lebih menyendiri dengan dunia saya..terus menerus melaksanakan amanah-amanah yang mesti dilaksanakan sebagai hambaNYA, isteri, diri sendiri, anak, ibu, kakak, adik, pekerja, rakan kerja dan sahabat. Semua fokus perlu diberi secara seimbang...MasyaAllah besar cabarannya. Saya terus menyepi...bertanya dan menjawab untuk diri sendiri.
Kedua,
MasyaAllah...Saya amat yakin Rahmah dan Kasih SayangNya amat kuat. Saya akan memulakan perjalanan yang mungkin agak berbeza sebelum ini...kembali kepada status seorang pelajar bukan pekerja. InsyaAllah dan Alhamdulillah saya akan kembali belajar jika tiada halangan bermula September 2012. Saya tersenyum sendirian bilamana mengimbas kembali detik-detik permulaan perancangan permulaan perjalanan saya selaku seorang pelajar PhD. Doakan perjalanan ini satu perjalanan kehidupan yang amat indah dan menyeronokkan walau dalam ertikata lain ya..ianya mengujakan namun saya amat yakin ianya memang begitu dan InsyaAllah hasilnya MasyaAllah.
Ketiga,
Mari kita membuat sedikit imbasan.....MasyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment