Wednesday, October 3, 2012

Rindu...

BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA... Lembutkanlah hati-hati kami...Amin Tambahkan kami iman dan takwa kepadaMu...agar semua yang dilakukan adalah dengan penuh keikhlasan dan mendapat RedhaMu.
Lindungilah kami dari segala jenis kejahatan...
Rapatkan hati-hati kami dalam menjunjung syariatMu...bercinta, berkasih sayang HANYA KERANAMU. Segar dan suburkanlah kasih sayang ini...

Thursday, September 27, 2012

Ualangtahun perkahwinan & birthday Eisya !!!

Doakan ikatan ini dilimpahi dengan kasih sayangNYA...
Eisya's Birthday...Semoga semua nak2 ibu menjadi anak2 yang soleh & solehah juga ahli2 syurga..Anak2, jangan lupa doakan "Syurga" juga milik Ibu & Ayah juga..

Perjalanan yang menuntut seribu satu macam RASA dan PERASAAN......

Apartment PhD Student - Disinilah tempat lepak baru kami, kawan2 baru saya - Dayang, Nurul dan Nazeefa...Doakan kami kekal dalam ukhuwah Islam yang sebenar...konsep bantu-membantu...Amin
Sekitar ruang legar di IIiBF...terasa seperti di negara Timur Tengah..saya rindu Mekah, Madinah, Oman, Mesir dan Jordan.
Laluan yang sungguh tenang dan menenangkan...
Doakan perjalanan ini diberkati, dilimpahi dengan kasih sayang, juga redha yang SATU, Allah SWT. Doakan insan-insan tersayang, suami, mother, abah, emak, anak2 juga adik-beradik dan sesiapa sahaja terlibat secara langsung atau tidak langsung menjadi orang paling kuat menyokong, membantu dan memberi simpati juga empati tatkala insan ini bernama Memy menempuh perjalanan ini.

Let's Begin...

Saturday, August 4, 2012

Persediaan sebelum ' Knowledge Shopping'

Assalam, Niat untuk memulakan perjalanan ini dimulai dengan memohon kebenaran Dekan, PM Dr. Jasmine melahirkan rasa hasrat untuk belajar di dalam kelas Prof. Dr. Hazman untuk 'Research Methodology'. Rasanya dengan ilmu yang saya ada semenjak mengambil Master tahun 2005/2006 juga pengalaman membuat penyelidikan di UiTM memang tidak mencukupi untuk meneruskan perjalanan yang saya kira memang intensif nanti untuk PhD. Dalam hati, wajib belajar ni...dengan sifu paling besar di fakulti..Terima kasih Prof. Hazman saya pasti ilmu beliau amat luas..Prof., thank you for sharing..ketika itu pada bulan Januari 2011. Pada bulan Mei 2011, saya menghadiri 'PhD Research Methodology Course' di ILQAM, UiTM sebagai satu kursus menambah dan memantapkan ilmu juga syarat sebelum melanjutkan pelajaran PhD. Memang amat padat dan amat bermakna buat saya. Berkesempatan berjumpa dan mendapatkan nasihat dari sifu-sifu yang lain termasuk sifu besar Prof. Dr. Rozainun, Syukran Prof. 28 Mei - 9 Jun 2011 - Alhamdulillah, saya mengunjungi rumah Allah SWT, dijemput olehNYA untuk menunaikan umrah..saya tidak melepaskan peluang ini untuk terus berbicara denganNya..terus menerus berhari-hari selama mana berada di sana juga sehingga kini...InsyaAllah. Sekembalinya dari Tanah Suci Mekah & Medina terus pula berjumpa dengan sifu 'corporate governance' di UiTM, Prof. Dr. Rashidah mendapatkan nasihat atas 'research proposal' yang telah saya sediakan...Terima kasih Prof. Bulan Julai merupakan lanjutan pembacaan yang agak detail ..mencari, mencari dan mencari... Bulan Ogos - Merdeka buat Malaysia...buat saya, saya pula mula mencari 'supervisor'/SV... Dalam bulan ini juga saya masih mendapatkan nasihat dari beberapa sifu-sifu besar, Dr. Abd Rauf, Dr. Azmi...juga, sahabat dari banking sektor..salah seorang daripada mereka adalah Mr. Azizul...again, my shopping still continues..jgn salah faham- shopping disini bermaksud knowledge shopping...nanti saya akan huraikan pengertian bagi tema blog saya ini. Semasa hari raya tahun yang lalu..saya agak penuh dengan menyiapkan research proposal mengikut keperluan UiTM...mencari lagi...Raya, Cari, Raya.....hihihi Bulan September - lima sifu besar juga saya kejar...Prof. Hazman, PM Haji Rozalli Hashim, PM Dr. Nooraini, PM Alicia Tan, Dr. Norziana bagi mendapatkan nasihat untuk 'proposal' yang saya buat...Alhamdulillah memang benarlah teori dan praktikalnya bahawa - 'in preparing your research proposal/research you must always talk to people/expert..ask...then ..InsyaAllah you 'll see the clearer picture...' 15 September 2011 - Saya membentangkan 'proposal' saya. Alhamdulillah. 16 September 2011 - Uploaded & submitted for PhD application purposes. 5 November 2011 - IELTS Exam 21 November 2011 - Temuduga Alhamdulillah kini saya telah menerima keputusan berjaya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD. Terima kasih UiTM dan FSPPP!!!

PadaNYA kita berserah..

Assalam, Pagi ini selepas menunaikan segala tanggungjawab kepadaNYA yang satu, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi apa yang telah saya lalui sepanjang mana saya meninggalkan blog ini... Pertama, Na 'uzubillah...Memang teringin sangat nak singgah blog sebelum ini tapi risau penulisan akan lebih cenderung berbentuk ayat2 luahan rasa yang kurang positif.. Maka saya lebih menyendiri dengan dunia saya..terus menerus melaksanakan amanah-amanah yang mesti dilaksanakan sebagai hambaNYA, isteri, diri sendiri, anak, ibu, kakak, adik, pekerja, rakan kerja dan sahabat. Semua fokus perlu diberi secara seimbang...MasyaAllah besar cabarannya. Saya terus menyepi...bertanya dan menjawab untuk diri sendiri. Kedua, MasyaAllah...Saya amat yakin Rahmah dan Kasih SayangNya amat kuat. Saya akan memulakan perjalanan yang mungkin agak berbeza sebelum ini...kembali kepada status seorang pelajar bukan pekerja. InsyaAllah dan Alhamdulillah saya akan kembali belajar jika tiada halangan bermula September 2012. Saya tersenyum sendirian bilamana mengimbas kembali detik-detik permulaan perancangan permulaan perjalanan saya selaku seorang pelajar PhD. Doakan perjalanan ini satu perjalanan kehidupan yang amat indah dan menyeronokkan walau dalam ertikata lain ya..ianya mengujakan namun saya amat yakin ianya memang begitu dan InsyaAllah hasilnya MasyaAllah. Ketiga, Mari kita membuat sedikit imbasan.....MasyaAllah

kembali menulis..

Asslm,
Saya kembali menulis untuk terus berkongsi rasa dan pengalaman...jauh dalam hati saya, emmm dah lama benar meninggalkan blog.
Tiada cerita baru yg nak dikongsi sekadar mengasah balik cerita perkongsian ini.

Ramadan yg tengah dilalui ini benar-benar memberi rasa kesyukuran, keinsafan dan keazaman yang kuat pada NYA yang satu...doakan saya terus berada dalam keadaan ini tidak kira walau bukan bulan ramadhan.

Tuesday, November 29, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. semua,

23 November 2011 / Rabu yang lepas abang ipar sebelah suami pula menyusul meninggalkan alam dunia ini...Abg ipar yang rapat dengan keluarga kami dan juga selalu menziarahi rumah kami di Shah Alam - Arwah Abg Fadhil Dasuki, 47 tahun.  Semoga dia ditempatkan dikalangan org2 yang soleh.  Amin.  Perginya mengejut jua - terlibat dgn kemalangan jalan raya seperti adik saya, Arwah Putra 'Ataillah.

Doa kami sekeluarga dan saya kira semua saudara yang ada -  semoga kakak Adibatun Nailah (nama manjanya Kak Tun) dan anak-anaknya, Fahmi, Adib, Anis, Lala dan Nadia sabar, tabah dan kuat selalu menghadapi dugaan, cabaran, ujian dan hikmah yang hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui...

Tatkala saya termenung sendirian menyambut kedatangan tahun baru 1433H, terdetik jauh disudut hati - bila pula aku akan dipanggil - cukupkah amalan yang dibuat, sempurnakah? dan paling membimbangkan andaikata hukum telah dipelajari tetapi ada juga hati ini yg kerap leka, kdg-kdg laju memberi alasan sahaja tanpa melakukan dan adakala mempermudahkan segala amalan yang sepatutnya dipandang berat...beristigfar panjang aku seketika...Terbayang kehidupan di dalam kubur...

Marilah kita bersama-sama beramal dengan sempurna sempena tahun baru ini.  InsyaAllah dan Amin.

Wednesday, October 5, 2011

lamanyer tak menjenguk bloggggkuuuuuuuuu...rindu semula

emmmm..entah tetiba rasa macam nak menulis setelah sekian lama tidak menulis...emmmmm jawapan biasa dan tawarrrrr...biziiiiii...memang tidak boleh diterima langsung...

walaubagaimanapun...mungkin menulis ini dapat melegakan sedikit rasa rindu untuk menulis....

bergeraaaaakkkkkkk

Thursday, March 24, 2011

Minat, meminati dan diminati...



Kuning ni warna kegemaran saya..ceria selalu..- DIMINATI

Mawar merah ni saya suka kerana bentuknya yang sungguh cantik bila kembang...menceriakan..- MEMINATI


mawar putih ni pun unik sebab ada kombinasi hijau...mendamaikan

memang cantik...

vanilla strawberry..yum..yum



pokok nie sihat banyak bunga nak bercambah...

Assalam...

Hari ini tiba-tiba teringin nak berbicara berkaitan minat, meminati dan diminati......kali ni saya nak menceritakan hobi suami saya..seperti tertera di atas - koleksi Bunga Mawar di Desa Alam.....

Dalam hati selalu berkata-kata kenapa saya tak de hobi nie ya..atau mungkin nanti bila sudah tidak bekerja - dah bercucu dan bercicit mungkin ianya datang secara semulajadi..mungkin...atau saya hanya akan menerima bunga daripada suami ...sebab tu dia yang jaga...hihihi...dan ada jawapan yang paling kukuh bagi semua isteri, ibu yang bekerja...memasak di dapur juga perlukan minat, meminati dan diminati...nanti kita singgah lak gambar-gambar koleksi masakan 'simple, safe, sweet, fast and healthy'..hihihi... orang bekerja seperti saya...

Suami saya gemar menanam pokok BUNGA MAWAR/ROS...minat, meminati dan diminati oleh saya sebagai penangkap gambar yang tidak professional, saya menikmati pemandangan itu diluar laman rumah saya ....saya pula gemar menangkap gambar bunga mawar ini tatkala ianya berkembang...sebab usia berkembangnya tidak lama...jadi saya sejarahkan pemandangan indah ini di dalam koleksi album saya...Thank you Hubby...(yang rasi dengan saya hanya kaktus...amat senonim dengan diri saya...nyaman kehijauan namun....)

Tuesday, February 8, 2011

Lamanya tidak menulis coretan...

Assalamualaikum wrt. wbt.

Semua bergerak pantas...tahu-tahu dah tahun 2011 dan saya terpanggil untuk menulis sedikit...barangkali...
mengasah semula penulisan yang dah lama ditinggalkan..tahu kenapa tidak terusik blog ini namun saya tidak mahu menghurai..kerana jawapannya biasa sahaja...

Kalau dilihat penceritaan di dalam blog ini rasanya banyak kisah tidak sempat dikongsi bersama sepanjang 2010.  Mungkin terpanggil tatkala melihat, membaca dan mendengar berita keadaan Mesir sekarang.  Terasa andaikata saya masih di situ pada tahun 2010 yang lalu.  MasyaAllah.  Teringat jalan-jalan yang saya dan suami susuri ke tempat konferens...pada masa ini ianya padat dengan manusia...AllahuAkhbar.