Assalamualaikum wrt. wbt. semua,
23 November 2011 / Rabu yang lepas abang ipar sebelah suami pula menyusul meninggalkan alam dunia ini...Abg ipar yang rapat dengan keluarga kami dan juga selalu menziarahi rumah kami di Shah Alam - Arwah Abg Fadhil Dasuki, 47 tahun. Semoga dia ditempatkan dikalangan org2 yang soleh. Amin. Perginya mengejut jua - terlibat dgn kemalangan jalan raya seperti adik saya, Arwah Putra 'Ataillah.
Doa kami sekeluarga dan saya kira semua saudara yang ada - semoga kakak Adibatun Nailah (nama manjanya Kak Tun) dan anak-anaknya, Fahmi, Adib, Anis, Lala dan Nadia sabar, tabah dan kuat selalu menghadapi dugaan, cabaran, ujian dan hikmah yang hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui...
Tatkala saya termenung sendirian menyambut kedatangan tahun baru 1433H, terdetik jauh disudut hati - bila pula aku akan dipanggil - cukupkah amalan yang dibuat, sempurnakah? dan paling membimbangkan andaikata hukum telah dipelajari tetapi ada juga hati ini yg kerap leka, kdg-kdg laju memberi alasan sahaja tanpa melakukan dan adakala mempermudahkan segala amalan yang sepatutnya dipandang berat...beristigfar panjang aku seketika...Terbayang kehidupan di dalam kubur...
Marilah kita bersama-sama beramal dengan sempurna sempena tahun baru ini. InsyaAllah dan Amin.
Tuesday, November 29, 2011
Wednesday, October 5, 2011
lamanyer tak menjenguk bloggggkuuuuuuuuu...rindu semula
emmmm..entah tetiba rasa macam nak menulis setelah sekian lama tidak menulis...emmmmm jawapan biasa dan tawarrrrr...biziiiiii...memang tidak boleh diterima langsung...
walaubagaimanapun...mungkin menulis ini dapat melegakan sedikit rasa rindu untuk menulis....
bergeraaaaakkkkkkk
walaubagaimanapun...mungkin menulis ini dapat melegakan sedikit rasa rindu untuk menulis....
bergeraaaaakkkkkkk
Thursday, March 24, 2011
Minat, meminati dan diminati...
Kuning ni warna kegemaran saya..ceria selalu..- DIMINATI
Mawar merah ni saya suka kerana bentuknya yang sungguh cantik bila kembang...menceriakan..- MEMINATI
mawar putih ni pun unik sebab ada kombinasi hijau...mendamaikan
memang cantik...
vanilla strawberry..yum..yum
pokok nie sihat banyak bunga nak bercambah...
Hari ini tiba-tiba teringin nak berbicara berkaitan minat, meminati dan diminati......kali ni saya nak menceritakan hobi suami saya..seperti tertera di atas - koleksi Bunga Mawar di Desa Alam.....
Dalam hati selalu berkata-kata kenapa saya tak de hobi nie ya..atau mungkin nanti bila sudah tidak bekerja - dah bercucu dan bercicit mungkin ianya datang secara semulajadi..mungkin...atau saya hanya akan menerima bunga daripada suami ...sebab tu dia yang jaga...hihihi...dan ada jawapan yang paling kukuh bagi semua isteri, ibu yang bekerja...memasak di dapur juga perlukan minat, meminati dan diminati...nanti kita singgah lak gambar-gambar koleksi masakan 'simple, safe, sweet, fast and healthy'..hihihi... orang bekerja seperti saya...
Suami saya gemar menanam pokok BUNGA MAWAR/ROS...minat, meminati dan diminati oleh saya sebagai penangkap gambar yang tidak professional, saya menikmati pemandangan itu diluar laman rumah saya ....saya pula gemar menangkap gambar bunga mawar ini tatkala ianya berkembang...sebab usia berkembangnya tidak lama...jadi saya sejarahkan pemandangan indah ini di dalam koleksi album saya...Thank you Hubby...(yang rasi dengan saya hanya kaktus...amat senonim dengan diri saya...nyaman kehijauan namun....)
Tuesday, February 8, 2011
Lamanya tidak menulis coretan...
Assalamualaikum wrt. wbt.
Semua bergerak pantas...tahu-tahu dah tahun 2011 dan saya terpanggil untuk menulis sedikit...barangkali...
mengasah semula penulisan yang dah lama ditinggalkan..tahu kenapa tidak terusik blog ini namun saya tidak mahu menghurai..kerana jawapannya biasa sahaja...
Kalau dilihat penceritaan di dalam blog ini rasanya banyak kisah tidak sempat dikongsi bersama sepanjang 2010. Mungkin terpanggil tatkala melihat, membaca dan mendengar berita keadaan Mesir sekarang. Terasa andaikata saya masih di situ pada tahun 2010 yang lalu. MasyaAllah. Teringat jalan-jalan yang saya dan suami susuri ke tempat konferens...pada masa ini ianya padat dengan manusia...AllahuAkhbar.

Subscribe to:
Posts (Atom)