Tuesday, December 25, 2012
Exam !!!....
Assalam, Agak sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan..28 Dis 2012...Tapi ada masa untuk menulis di sini... sekadar memberi GAP pada ruang MINDA...
Amyra sebelum melihat keputusan peperiksaan PMR...selepas itu tiada gambar diambil sebab dia memeluk saya..dan saya pula selepas tu asyik tersenyum seorang2 tatkala melihat dia amat gembira... Alhamdulilah...Terima kasih Amyra...menjadi pembakar semangat kepada Siraj, Eisya dan Sofeiya...
Ini pula gambar penuh debaran sebelum masuk ke Dewan KUSESS...Kak Anis, Siraj dan Eisya mengiringi kakak....
Wednesday, October 3, 2012
Rindu...
BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA...
Lembutkanlah hati-hati kami...Amin
Tambahkan kami iman dan takwa kepadaMu...agar semua yang dilakukan adalah dengan penuh keikhlasan dan mendapat RedhaMu.
Lindungilah kami dari segala jenis kejahatan...
Rapatkan hati-hati kami dalam menjunjung syariatMu...bercinta, berkasih sayang HANYA KERANAMU.
Segar dan suburkanlah kasih sayang ini...
Thursday, September 27, 2012
Ualangtahun perkahwinan & birthday Eisya !!!
Doakan ikatan ini dilimpahi dengan kasih sayangNYA...
Eisya's Birthday...Semoga semua nak2 ibu menjadi anak2 yang soleh & solehah juga ahli2 syurga..Anak2, jangan lupa doakan "Syurga" juga milik Ibu & Ayah juga..
Perjalanan yang menuntut seribu satu macam RASA dan PERASAAN......
Apartment PhD Student - Disinilah tempat lepak baru kami, kawan2 baru saya - Dayang, Nurul dan Nazeefa...Doakan kami kekal dalam ukhuwah Islam yang sebenar...konsep bantu-membantu...Amin
Sekitar ruang legar di IIiBF...terasa seperti di negara Timur Tengah..saya rindu Mekah, Madinah, Oman, Mesir dan Jordan.
Laluan yang sungguh tenang dan menenangkan...
Doakan perjalanan ini diberkati, dilimpahi dengan kasih sayang, juga redha yang SATU, Allah SWT.
Doakan insan-insan tersayang, suami, mother, abah, emak, anak2 juga adik-beradik dan sesiapa sahaja terlibat secara langsung atau tidak langsung menjadi orang paling kuat menyokong, membantu dan memberi simpati juga empati tatkala insan ini bernama Memy menempuh perjalanan ini.
Saturday, August 4, 2012
Persediaan sebelum ' Knowledge Shopping'
Assalam,
Niat untuk memulakan perjalanan ini dimulai dengan memohon kebenaran Dekan, PM Dr. Jasmine melahirkan rasa hasrat untuk belajar di dalam kelas Prof. Dr. Hazman untuk 'Research Methodology'. Rasanya dengan ilmu yang saya ada semenjak mengambil Master tahun 2005/2006 juga pengalaman membuat penyelidikan di UiTM memang tidak mencukupi untuk meneruskan perjalanan yang saya kira memang intensif nanti untuk PhD. Dalam hati, wajib belajar ni...dengan sifu paling besar di fakulti..Terima kasih Prof. Hazman saya pasti ilmu beliau amat luas..Prof., thank you for sharing..ketika itu pada bulan Januari 2011.
Pada bulan Mei 2011, saya menghadiri 'PhD Research Methodology Course' di ILQAM, UiTM sebagai satu kursus menambah dan memantapkan ilmu juga syarat sebelum melanjutkan pelajaran PhD. Memang amat padat dan amat bermakna buat saya. Berkesempatan berjumpa dan mendapatkan nasihat dari sifu-sifu yang lain termasuk sifu besar Prof. Dr. Rozainun, Syukran Prof.
28 Mei - 9 Jun 2011 - Alhamdulillah, saya mengunjungi rumah Allah SWT, dijemput olehNYA untuk menunaikan umrah..saya tidak melepaskan peluang ini untuk terus berbicara denganNya..terus menerus berhari-hari selama mana berada di sana juga sehingga kini...InsyaAllah.
Sekembalinya dari Tanah Suci Mekah & Medina terus pula berjumpa dengan sifu 'corporate governance' di UiTM, Prof. Dr. Rashidah mendapatkan nasihat atas 'research proposal' yang telah saya sediakan...Terima kasih Prof.
Bulan Julai merupakan lanjutan pembacaan yang agak detail ..mencari, mencari dan mencari...
Bulan Ogos - Merdeka buat Malaysia...buat saya, saya pula mula mencari 'supervisor'/SV...
Dalam bulan ini juga saya masih mendapatkan nasihat dari beberapa sifu-sifu besar, Dr. Abd Rauf, Dr. Azmi...juga, sahabat dari banking sektor..salah seorang daripada mereka adalah Mr. Azizul...again, my shopping still continues..jgn salah faham- shopping disini bermaksud knowledge shopping...nanti saya akan huraikan pengertian bagi tema blog saya ini.
Semasa hari raya tahun yang lalu..saya agak penuh dengan menyiapkan research proposal mengikut keperluan UiTM...mencari lagi...Raya, Cari, Raya.....hihihi
Bulan September - lima sifu besar juga saya kejar...Prof. Hazman, PM Haji Rozalli Hashim, PM Dr. Nooraini, PM Alicia Tan, Dr. Norziana bagi mendapatkan nasihat untuk 'proposal' yang saya buat...Alhamdulillah memang benarlah teori dan praktikalnya bahawa - 'in preparing your research proposal/research you must always talk to people/expert..ask...then ..InsyaAllah you 'll see the clearer picture...'
15 September 2011 - Saya membentangkan 'proposal' saya. Alhamdulillah.
16 September 2011 - Uploaded & submitted for PhD application purposes.
5 November 2011 - IELTS Exam
21 November 2011 - Temuduga
Alhamdulillah kini saya telah menerima keputusan berjaya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD. Terima kasih UiTM dan FSPPP!!!
PadaNYA kita berserah..
Assalam,
Pagi ini selepas menunaikan segala tanggungjawab kepadaNYA yang satu, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi apa yang telah saya lalui sepanjang mana saya meninggalkan blog ini...
Pertama,
Na 'uzubillah...Memang teringin sangat nak singgah blog sebelum ini tapi risau penulisan akan lebih cenderung berbentuk ayat2 luahan rasa yang kurang positif.. Maka saya lebih menyendiri dengan dunia saya..terus menerus melaksanakan amanah-amanah yang mesti dilaksanakan sebagai hambaNYA, isteri, diri sendiri, anak, ibu, kakak, adik, pekerja, rakan kerja dan sahabat. Semua fokus perlu diberi secara seimbang...MasyaAllah besar cabarannya. Saya terus menyepi...bertanya dan menjawab untuk diri sendiri.
Kedua,
MasyaAllah...Saya amat yakin Rahmah dan Kasih SayangNya amat kuat. Saya akan memulakan perjalanan yang mungkin agak berbeza sebelum ini...kembali kepada status seorang pelajar bukan pekerja. InsyaAllah dan Alhamdulillah saya akan kembali belajar jika tiada halangan bermula September 2012. Saya tersenyum sendirian bilamana mengimbas kembali detik-detik permulaan perancangan permulaan perjalanan saya selaku seorang pelajar PhD. Doakan perjalanan ini satu perjalanan kehidupan yang amat indah dan menyeronokkan walau dalam ertikata lain ya..ianya mengujakan namun saya amat yakin ianya memang begitu dan InsyaAllah hasilnya MasyaAllah.
Ketiga,
Mari kita membuat sedikit imbasan.....MasyaAllah
kembali menulis..
Asslm,
Saya kembali menulis untuk terus berkongsi rasa dan pengalaman...jauh dalam hati saya, emmm dah lama benar meninggalkan blog.
Tiada cerita baru yg nak dikongsi sekadar mengasah balik cerita perkongsian ini.
Ramadan yg tengah dilalui ini benar-benar memberi rasa kesyukuran, keinsafan dan keazaman yang kuat pada NYA yang satu...doakan saya terus berada dalam keadaan ini tidak kira walau bukan bulan ramadhan.
Saya kembali menulis untuk terus berkongsi rasa dan pengalaman...jauh dalam hati saya, emmm dah lama benar meninggalkan blog.
Tiada cerita baru yg nak dikongsi sekadar mengasah balik cerita perkongsian ini.
Ramadan yg tengah dilalui ini benar-benar memberi rasa kesyukuran, keinsafan dan keazaman yang kuat pada NYA yang satu...doakan saya terus berada dalam keadaan ini tidak kira walau bukan bulan ramadhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















