Assalamualaikum wrt. wbt.
Semua bergerak pantas...tahu-tahu dah tahun 2011 dan saya terpanggil untuk menulis sedikit...barangkali...
mengasah semula penulisan yang dah lama ditinggalkan..tahu kenapa tidak terusik blog ini namun saya tidak mahu menghurai..kerana jawapannya biasa sahaja...
Kalau dilihat penceritaan di dalam blog ini rasanya banyak kisah tidak sempat dikongsi bersama sepanjang 2010. Mungkin terpanggil tatkala melihat, membaca dan mendengar berita keadaan Mesir sekarang. Terasa andaikata saya masih di situ pada tahun 2010 yang lalu. MasyaAllah. Teringat jalan-jalan yang saya dan suami susuri ke tempat konferens...pada masa ini ianya padat dengan manusia...AllahuAkhbar.