Salam,
Banyak cara untuk merehatkan minda...saya dan suami memilih untuk berada di pulau dan juga di laut sebagai pilihan kami...juga di tempat-tempat yang sejuk umpamanya di Malaysia - Cameron/Genting Highland/ Bukit Tinggi etc....
Lain orang lain pilihannya...sesiapa nak cuba boleh ikut cara kami...(cuba dulu...kalau rasi..teruskan usaha...kalau tidak...tukar cara lain..hehehe).
Hobi saya untuk berada di laut bermula sejak saya belajar di peringkat diploma, Politeknik Ungku Omar, Ipoh - menyertai Kelab Rekreasi....maka bermulalah aktiviti yang agak lasak buat saya sebelum kahwin lagi...di sekolah rendah - pengakap dan juga sekolah menengah - pengakap...di UIA ketika degree agak slow sedikit sebab dah berstatus isteri orang...maklumlah dua kali mengandung ketika belajar degree...Radhiah Amyra and Siraj Shith! Sambung ICSA dapat lagi seorang anak- Eisyatyne Aliyyah, lepas Master - Aye Sofeiyyah !!!
La nie pulak bawa anak-anak didik di Universiti merehatkan minda dan mendidik mereka melalui 'outdoor activity' focus on Social Responsibility...
Nie semua adalah pelajar profesional ICSA...sebelum bertolak ke Pulau Perhentian...semua bersemangat walau pun tahu jauuuuuhhh lagi perjalanan....tetapi kerana motif untuk khidmat masyarakat dan bagi minda rehat kami tetap teruskan usaha tangga kejayaan !!!
dah sampaiiii....lega dan gembira tenguk lauuutttt...
Apa lagi eksplorasi REHAT MINDA bermula......lihat di dalam laut dan anda pasti rasa ...tenang....PERCAYALAH!!!
Menaiki bot untuk ke sekolah rendah pulau perhentian bagi tujuan ceramah -
Ke arah Profesional dan juga aktiviti bersama pelajar darjah 6 - UPSR
Kuliah Maghrib...pengisian jiwa
Ceramah dan Aktiviti...
AGENDA makan...jangan lupa...pasti..yang paling sedap - nampak tak ada bulat putih tu..
diaorang pantai timur panggil SHELL- saya tak pernah jumpa di pantai barat..maklumlah bukan tinggal di tepi laut...
belasah sahaja...yang pasti benda baru bagi saya...maksudnya bertambah ilmu...