Salam,
Selamat Hari Lahir kepada suami saya...maaf tidak berkesempatan untuk meng'update' (ada ke bahasa ni?) pada hari kelahiran beliau 29 April yang lalu...sambutan memang meriah di rumah (preparation) maklum sahaja, saya ada tiga jentera paling kuat di rumah...satu di asrama...walau pada masa itu Radhiah Amyra tiada...tetapi yang lain tu..husss semangat duk tanya bila nak beli dan bagi present kat Ayah tersayang..Alhamdulillah sambutan secara kecil-kecilan berakhir pada hari sabtu yang lepas di rumah kakak ipar di KJ...
Semoga kita dipanjangkan umur didalam rahmat, peliharaan dan kasih sayangNYA. Amin Ya Rabb!
Strong reason tak upload on the day itself - agak kelam kabut/huru hara/kacau bilau dsbgnya - perkataan-perkataan yang selalu saya guna bila mana saya agak biziiiiiii...namun hakikatnya semua orang sibukkkkk....maka, tercetuslah satu idea ...zaman sekarang memang senarionya semua orang banyak hal...emmmm...cuma yang membezakannya hanya kalau kita masih berDAYA atau tidak...sebab nak seribu daya, tak nak seribu dalih...emmm boleh difikir-fikirkan...mungkin ayat sekarang lebih relevan kepada - kurang daya!!!
Tetapi amat menakjubkan apabila saya rasa makin banyak kerja atau tugasan saya ada pula masa untuk berblog???..prioriti???...mungkin
penulisan ini membawa banyak rasa cabaran kesibukan itu bersamanya..maksudnya...bila sahaja menulis, saya rasa cabaran itu dapat dipermudahkan...mungkin itulah yang dikatakan
berkongsi rasa...(setuju?...)....saranan kepada kawan2 - boleh practice writing ye...who knows...
Akhir kalam - Esuk 7 Mei (selang seminggu dari birthday hubby ) pula adalah hari lahir saya dan anak sulung saya - Radhiah Amyra, dia nak juga lahir/keluar lihat dunia sama tarikh dengan ibunya...Ingat lagi 6 Mei 1997 saya masa tu masih lagi duk pergi kelas di UIA...sampai mak guard tu tanya bila sahaja saya turun dari motor kesayangan saya pada masa tu....hihihi..(orang duk seriau tenguk saya bawa motor hingga 9 bulan)..apa nak buat..UIA berbukit..mana laraattt..."nie bila nak beranak????" saya tersenyum seraya berkata-" jangka 8 Mei "....mak guard tenguk saya, tersenyum, lepas tu cakap- "balik le rumah takut tak sempat"....dia risau agaknya...
Alhamdulillah segalanya lancar....