Tuesday, November 29, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. semua,

23 November 2011 / Rabu yang lepas abang ipar sebelah suami pula menyusul meninggalkan alam dunia ini...Abg ipar yang rapat dengan keluarga kami dan juga selalu menziarahi rumah kami di Shah Alam - Arwah Abg Fadhil Dasuki, 47 tahun.  Semoga dia ditempatkan dikalangan org2 yang soleh.  Amin.  Perginya mengejut jua - terlibat dgn kemalangan jalan raya seperti adik saya, Arwah Putra 'Ataillah.

Doa kami sekeluarga dan saya kira semua saudara yang ada -  semoga kakak Adibatun Nailah (nama manjanya Kak Tun) dan anak-anaknya, Fahmi, Adib, Anis, Lala dan Nadia sabar, tabah dan kuat selalu menghadapi dugaan, cabaran, ujian dan hikmah yang hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui...

Tatkala saya termenung sendirian menyambut kedatangan tahun baru 1433H, terdetik jauh disudut hati - bila pula aku akan dipanggil - cukupkah amalan yang dibuat, sempurnakah? dan paling membimbangkan andaikata hukum telah dipelajari tetapi ada juga hati ini yg kerap leka, kdg-kdg laju memberi alasan sahaja tanpa melakukan dan adakala mempermudahkan segala amalan yang sepatutnya dipandang berat...beristigfar panjang aku seketika...Terbayang kehidupan di dalam kubur...

Marilah kita bersama-sama beramal dengan sempurna sempena tahun baru ini.  InsyaAllah dan Amin.

Wednesday, October 5, 2011

lamanyer tak menjenguk bloggggkuuuuuuuuu...rindu semula

emmmm..entah tetiba rasa macam nak menulis setelah sekian lama tidak menulis...emmmmm jawapan biasa dan tawarrrrr...biziiiiii...memang tidak boleh diterima langsung...

walaubagaimanapun...mungkin menulis ini dapat melegakan sedikit rasa rindu untuk menulis....

bergeraaaaakkkkkkk

Thursday, March 24, 2011

Minat, meminati dan diminati...



Kuning ni warna kegemaran saya..ceria selalu..- DIMINATI

Mawar merah ni saya suka kerana bentuknya yang sungguh cantik bila kembang...menceriakan..- MEMINATI


mawar putih ni pun unik sebab ada kombinasi hijau...mendamaikan

memang cantik...

vanilla strawberry..yum..yum



pokok nie sihat banyak bunga nak bercambah...

Assalam...

Hari ini tiba-tiba teringin nak berbicara berkaitan minat, meminati dan diminati......kali ni saya nak menceritakan hobi suami saya..seperti tertera di atas - koleksi Bunga Mawar di Desa Alam.....

Dalam hati selalu berkata-kata kenapa saya tak de hobi nie ya..atau mungkin nanti bila sudah tidak bekerja - dah bercucu dan bercicit mungkin ianya datang secara semulajadi..mungkin...atau saya hanya akan menerima bunga daripada suami ...sebab tu dia yang jaga...hihihi...dan ada jawapan yang paling kukuh bagi semua isteri, ibu yang bekerja...memasak di dapur juga perlukan minat, meminati dan diminati...nanti kita singgah lak gambar-gambar koleksi masakan 'simple, safe, sweet, fast and healthy'..hihihi... orang bekerja seperti saya...

Suami saya gemar menanam pokok BUNGA MAWAR/ROS...minat, meminati dan diminati oleh saya sebagai penangkap gambar yang tidak professional, saya menikmati pemandangan itu diluar laman rumah saya ....saya pula gemar menangkap gambar bunga mawar ini tatkala ianya berkembang...sebab usia berkembangnya tidak lama...jadi saya sejarahkan pemandangan indah ini di dalam koleksi album saya...Thank you Hubby...(yang rasi dengan saya hanya kaktus...amat senonim dengan diri saya...nyaman kehijauan namun....)

Tuesday, February 8, 2011

Lamanya tidak menulis coretan...

Assalamualaikum wrt. wbt.

Semua bergerak pantas...tahu-tahu dah tahun 2011 dan saya terpanggil untuk menulis sedikit...barangkali...
mengasah semula penulisan yang dah lama ditinggalkan..tahu kenapa tidak terusik blog ini namun saya tidak mahu menghurai..kerana jawapannya biasa sahaja...

Kalau dilihat penceritaan di dalam blog ini rasanya banyak kisah tidak sempat dikongsi bersama sepanjang 2010.  Mungkin terpanggil tatkala melihat, membaca dan mendengar berita keadaan Mesir sekarang.  Terasa andaikata saya masih di situ pada tahun 2010 yang lalu.  MasyaAllah.  Teringat jalan-jalan yang saya dan suami susuri ke tempat konferens...pada masa ini ianya padat dengan manusia...AllahuAkhbar.

Thursday, October 7, 2010

Catatan yang tertinggal...

Hari Ibu dan Hari Jadi...
Sambutan yang tertinggal untuk dicatatkan...lokasi di Pizza Hutt di  Kuala Selangor - waktu outing Amyra (SMS K. S'gor)..7 Mei  Hari Lahir Amyra dan Saya.  Dulu-dulu merajuk gak bila kena share satu kek dua orang...hihihi..masa muda2 dulu...tapi laa niee tiada masalah (sebab saya sebenarnya tidak gemar sangat makan kek dan rasa membazir beli dua kek untuk setiap seorang)...kecuali beberapa kek yg saya berkenan..mixed fruits , carrot dan yg lain2 sewaktu dengan nama fruit...






 Tradisi biasa buat kami sekeluarga...bagi hadiah kat kak Myra...
dan adik beradik yang lain mengikut turn 'birthday'
.

Keraian yang dinanti...

Saya curi masa untuk menulis tatkala rasa ada mood...cepat....hihihi

Cuma nak berkongsi catatan menyambut keraian yang sentiasa dinanti oleh semua yang beragama Islam...Hari Raya Aidilfitri..

Tahun ni saya tidak merakamkan gambar di rumah emak dan abah sendiri...kerana agak kelam kabut hari Jumaat...dan pertama kali juga saya lewat ke rumah emak dan abah selepas suami dan anak lelaki selesai solat Jumaat...selalunya dlm pukul 10.30- 11 pagi kami dah bertolak dari Manjoi ke Pasir Puteh.  Tetapi raya kali ini selepas pukul 3 petang baru sampai...tak pe yang penting dapat makan ayam kampung masak hitam emak dan kakak saya...resepi tersedap sampai bila2...

Keluarga tercinta bersama emak

  
Bersama pasangan masing
 
  
Cucu-cucu perempuan

Cucu-cucu lelaki

Saturday, August 7, 2010

Mengejar, dikejar dan terkejar...

Salam,

Tiga perkataan di atas mengambarkan diri saya sepanjang hampir sebulan meninggalkan dunia penulisan blog ini...tersenyum sendirian.  Namun apa-apapun saya cuba untuk mengimbangi semuanya walau adakalanya saya akui 'ada masanya kita terlepas pandang'.

Yang penting saya selalu ingatkan diri ini - 'Memy kita buat yang terbaik, usaha, doa dan tawakal kepadaNya.  Berjaya - Alhamdulilah!  Jika sebaliknya bermaksud Allah S.W.T mahu kita usaha lebih kuat dan semoga kita jadi lebih baik.  Dan yang pasti 'kafarah' dariNya, MasyaAllah!

Sama-samalah kita berdoa agar semua yang terjadi adalah terbaik dariNya buat kita semua...

Yang pasti proses ini memerlukan saya terus belajar, belajar dan belajar...

Thursday, July 1, 2010

Asah Minda

Salam dari Tanah Hang Tuah- Melaka,

Empat hari hari saya akan berada di Melaka bermula hari ini hingga Ahad.  Menyelesaikan amanah bagi tugasan kualiti.  Proses yang memerlukan saya mengasah minda.  Asah???

Tidak boleh nak dihuraikan perkataan itu sekarang...dah 11.45 malam..masih di bilik perbincangan hotel..dah mengantuk dan dah nak balik bilik...zzzzzzz. selamat malam.

Sunday, June 27, 2010

Ya Rabb...permudahkanlah segala urusan!

Salam,

Agak lama tidak menziarahi dan menulis dalam blog.  Rindu untuk menulis tetapi tersekat dengan kekangan waktu.  Memang benar kata anak sulung saya, Amyra - "masa itu bukan lagi emas ibu!" sebenarnya "masa itu nyawa".  Tersenyum sendirian tatkala kerja menuntut masa, kadang-kadang kita terleka...aiiikkk dah pukul 5 petang??? Itulah senario diri saya dalam bulan Jun ini.  Mengejar, terkejar dan dikejar..uiii mendalam maksud nie...

Keluarga tercinta - suami, emak dan anak-anak amat memahami.  Alhamdulillah.  Sabtu dan Ahad adalah waktu berlian saya untuk mereka, maklumlah hari kerja agak terhad.  Maka saya akan pastikan masa saya untuk mereka berkualiti dan semoga ikatan kasih sayang ini sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayangNYA. Amin.

Memang manusia tidak lepas dari diduga olehNya.  Pasti...

Tuesday, June 1, 2010

KuasaMu melebihi segala-galanya...

Salam semua,
Takdir Allah s.w.t. yang Maha Besar...MasyaAllah.  Hari ini, 1.6.2010 saya terima tugasan dengan redha dan sentiasa mengharapkan dan mendoakan diri saya dapat melakukan dengan cara yang terbaik.  Juga mengimbangi dari semua sudut.  Tuntutan kerjaya dan keluarga.

Bulan Jun juga adalah bulan kelahiran Arwah - Putra 'Ataillah 7 Jun 1979.  Semoga Abah dan Emak sentiasa tabah mengingati hari kelahiran Arwah Putra.  Doa kami adik beradik sentiasa bersama kalian.

Jun datang membawa semangat ketabahan dan kesabaran kepada kami.  InsyaAllah. Amin.

Monday, May 24, 2010

Good Luck and All the Best !!!

Salam,

Coretan kali ini adalah khas buat pelajar-pelajar ICSA, UiTM.

Selamat menempuh peperiksaan ICSA pada minggu hadapan.  Ingat pesanan-pesanan saya ye semasa mengajar anda semua.  Saya pasti kejayaan adalah milik orang-orang yang berusaha tanpa mengenal erti jemu.

Asrul, Faizal, Shahrul, Izad, Him, Yana, Amirah, Amy, Inas, Yot, Nizaha dan Ainn - pastikan anda boleh grad tahun ini..lulus dengan cemerlang untuk CFM dan CA....dan bakal bergelar GRAD ICSA,uk. Amin.

Manakala pelajar yang baru nak mengalami alam peperiksaan ICSA - Din, Dion, Nahar, Alia dan Mahfuzah - semoga anda tabah dan laluinya dengan rasa penuh gembira....enjoy your exam - score for CSP and CG!!!

Always believe that You can do it!
***If ever there are times of uncertainty and doubt,
***Remember that there's nothing that cannot be worked out...
(Total Care)

Terima kasih buat kalian yang menjadi sebahagian daripada kisah kehidupan/sejarah saya.